"ADAKAH PATUT KAMU MENYANGKA BAHAWA KAMU AKAN MASUK SYURGA PADAHAL BELUM SAMPAI KEPADA KAMU (UJIAN DAN CUBAAN) SEPERTI YANG TELAH BERLAKU KEPADA ORANG-ORANG YANG TERDAHULU? MEREKA TELAH DITIMPA KEPAPAAN (KEMUSNAHAN HARTA BENDA) DAN SERANGAN PENYAKIT SERTA DIGONCANGKAN (OLEH ANCAMAN BAHAYA MUSUH)"

SURAH AL-BAQARAH :214

Selasa, 19 Mac 2013

Happy Belated Birthday TO ME !!

Assalamualaikum w.b.t..



Alhamdulillah pada hari ini aku telah berusia 18 tahun dan 5 hari...hihi,nak jugak harinya..ehh,mestilah nak kena letak kalau tak,tak tahu apa yang belated nya.. huahaha.. Alhamdulillah juga pada hari itu iaitu hari khamis aku berpuasa,puasa sunat.. aku sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan ruang untuk terus bernafas dibumi berkah Allah s.w.t ini.. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..



Ya Allah sesungguhnya Engkau telah memberi nikmat yang tidak terkira kepada ku selaku aku hanyalah hambaMu yang hina lagi rendah dan kerdil di sisiMu.. Ya Allah,aku juga sentiasa lalai dan alpa dalam menjaga dan menunaikan ibadah ku kepadaMu.. Oleh yang demikian Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah kerna Engkau lah sahaja tempat ku bergantung harap dan mengadu akan rintihan hati ini... hanya Engkau yang Maha Mengetahui dan Mendengar isi-isi hati hambaMu ini.. amin amin amin ya rabbal'alamin



Terutama kepada kedua ibu bapa ku yang telah melahirkan dan membesarkan anak mu yang degil ini yang merupakan cabaran yang tidak mungkin sekali aku lupakan.. .Syukran jazilan khairan kathira ya ummi wa abi..  Ya Allah,Engkau ampunkanlah dosa-dosa kedua ibubapa ku dan engkau kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku semenjak aku kecil..  Amin Amin Amin ya rabbal'alamin


Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada keluargaku, kakak2 dan abang2, rakan2 seperjuanganku, kakak2 senior kat sekolah dan yang telah habis sekolah, tidak ketinggalan juga adik2 junior Al-khairiah, akak ucapkan jutaan trilion zillion terima kasih dan juga doa-doa kalian amat ku hargai dan dikenang... Semoga Allah s.w.t jua memberkati dan merahmati kalian



Sesungguhnya mereka semua ini lah yang menjadikan aku sebagaimana yang dilihat sekarang....tanpa mereka mana ada gelak ketawa,sedih,suka duka bersama yang aku rasai sehingga ke hari ini... Inilah aku yang sebenar-benarnya aku... yang setiap hari melangkah ke alam ke remajaan  dan sentiasa berusaha menjadi yang lebih  baik yang sentiasa kukuh pegangannya agar menjadi orang yang boleh berdikari dan berusaha sendiri..











Terima kasih kerana sudi membaca walaupun tak seberapa sangat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thank's.

Budi bahasa budaya kita.

Treat me as how you want me to treat you..

Syukran jazilan...